Thursday, July 26, 2007

PERISTIWA DALAM BULAN HIJRAH

BULAN MUHARRAM
1. Pemulauan ke atas orang Islam yang dilakukan oleh Quraish : Ini berlaku apabila orang-orang Quraish mendapati da’wah Nabi Muhammad saw semakin mendapat tempat di hati orang ramai, lalu mereka berpakat untuk memboikot kaum keluarga yang hampir dengan Baginda saw seperti golongan Bani Hashim, Bani Abdil Mutallib dan Bani Abdul Manaf dengan tidak berjual-beli, berkahwin, bertegur-sapa dengan mereka sehinggalah bersetuju untuk menyerahkan Nabi saw kepada mereka. Piagam pemulauan tersebut ditulis pada sekeping papan dan digantung dibumbung Ka’abah. Nabi saw, kaum Muslimin dan keluarga Baginda saw yang terdekat dipinggirkan ke sebuah lerengan bukit “Shieb Abi Talib” pada malam pertama bulah Muharram tahun ketujuh selepas Nabi saw dilantik menjadi Rasul. Di sana mereka menanggung segala macam keperitan hidup, kelaparan dan kesusahan sehinggakan suara tangisan kakak-kanak dari lerengan bukit bergema di kota Mekah. Allah swt telah menghantarkan anai-anai ke papan pemulauan lalu memakannya kecuali kalimat Allah swt sahaja. Ibnu Abd. Bar mengatakan : Nabi saw keluar dari pemulauan tersebut pada tahun kesepuluh selepas Baginda diutus menjadi Rasul. Abu Talib meninggal dunia enam bulan selepas itu, manakala Khadijah pula meninggal dunia setelah tiga hari selepas keluar dari pemulauan itu. Oleh kerana itu dikenali tahun itu dengan “tahun kesedihan”. Di lerengan bukit itulah juga Abdullah bin Al ‘Abbas dilahirkan.
2. Pemulaan perkiraan tahun pertama Hijrah yang diistiharkan oleh Amir Al Mu’minin Umar bin Al Khattab pada tahun 16 Hijrah. Ianya telah disyorkan oleh Uthman bin Affan.
3. Nabi saw keluar ke bumi Khaibar ( tempat tinggal kaum Yahudi ) pada tahun ketujuh Hijrah setelah selesainya peristiwa Hudaibiyah.
4. Perutusan Nabi saw kepada raja-raja dan pembesar-pembesar yang tinggal di persekitaran bumi Madinah. Surat-surat tadi diutuskan pada tahun ketujuh Hijrah kepada enam orang : kepada An Najasyiy di Habashah ( Eitopia ), Qaisar raja Rom, Kisra Anu Syarwan raja Parsi, Al Maqauqis pembesar kaum Qibti di Mesir, Al Harith bi Abi Shamar Al Ghassaniy raja Balka’ ( Aqabah, Jordan ) dan Hawzah bin Ali Al Hanafi di Yamamah.
5. Khalid bin Al WAlid tiba di bumi Syam dari Iraq bagi meneraju tentera Syam pada tahun 13 Hijrah ( 634 Masihi ). Ianya adalah menurut perutusan daripada Abu Bakar As Siddiq.
6. Berlakunya peperangan Al Qadisiyah pada tahun 14 Hijrah (635 Masihi) yang berlangsung selama tiga hari di bumi Iraq di antara tentera Islam yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqqas menentang tentera Rom yang diketuai oleh Rustum, Al Jalinus dan lain-lain. Diceritakan bahawa tentera Islam seramai tujuh ribu orang manakala tentera Rom seramai enam puluh ribu orang. Ianya berakhir dengan kemenagan tentera Islam.
7. Pelantikan Usman bin Affan sebagai khalifah pada tahun 24 Hijrah ( 644 Masihi ).

No comments: