Monday, May 28, 2007

DAKWAH RASULALLAH

NABI Muhammad saw bersabda yang bermaksud: “Urusan (agama) ini benar-benar masih disampaikan selagi masih ada siang dan malam, dan Allah tidak membiarkan rumah orang Badwi dan orang kota melainkan Allah memasukkan agama ini ke dalamnya, dengan kemuliaan orang yang mulia atau dengan kehinaan orang yang hina. Ini adalah kemuliaan yang diberikan Allah kepada Islam dan kehinaan yang diberikan Allah kepada kekufuran.” (riwayat Ahmad dan al-Thabrani) Seruan dakwah akan terus bersemarak selagi Islam terus hidup di dada penganutnya dan selama mana orang Islam sedar dengan kewajipan mereka. Terpahat saja kalimah syahadah di dalam dada muslim, bermulalah satu peranan besar bagi menyebarkan sinaran iman ke seluruh pelosok alam. Pendidikan dakwah disemai melalui gesaan Nabi Muhammad terhadap sahabat agar menyampai mesej dakwah kepada semua manusia biarpun sekadar satu ayat dari wahyu yang diturunkan kepada baginda rasul. Sabdanya lagi: “Sampaikan dariku walaupun sekadar satu ayat.” (al-Hadis) Perjuangan umat silam melalui jihad bermula daripada pengorbanan memikul penderitaan berikutan deraan musyrikin Makkah, penderitaan fizikal dan mental ketika merentas padang pasir berhijrah ke Yathrib, pengorbanan meninggalkan harta benda, anak isteri dan kaum kerabat yang terpaksa ditinggalkan semata-mata untuk menjaga akidah dan memastikan keterusan dakwah akan terus mekar berakar umbi di dalam jiwa manusia di seluruh alam. Peperangan Badar adalah titik awal pembuktian keteguhan akidah dan kecekalan 313 sahabat nabi yang amat yakin dengan pertolongan Allah. Sokongan yang berbentuk spiritual ini disuntik oleh baginda rasul di dalam doanya: “Ya Allah, sekiranya engkau menangkan musyrikin, nescaya tidak akan ada antara mereka yang menyembah engkau lagi di muka bumi ini.” Akhirnya kemenangan berpihak kepada Islam. Seruan dakwah terus berjalan umpama arus deras yang tidak dapat ditahan dan dibenteng. Risalah dakwah terus disebarkan melalui surat-surat yang dihantar kepada lapan raja di Semenanjung Tanah Arab, antaranya ialah Negus al-Asham (Raja Abyyinia), Heraclius (Maharaja Rom), Muqauqis (Maharaja Mesir), Munzir bin Sawi (Pemerintah Bahrain), Kisra Parsi (Iran), Jayfar dan Abbad bin Julandi (Pemerintah Oman) dan Hauza bin Ali (Pemerintah Yamamah). Antara mereka, ada yang menyambut seruan nabi dan melayan utusan nabi dengan baik dan ada yang menolak dakwah serta memberi layanan buruk kepada utusan baginda. Perjanjian Hudaibiyah di antara Islam dan musyrik yang dimeterai pada tahun keenam hijrah memberi keuntungan besar kepada umat Islam dari segi perluasan medan dakwah tanpa gangguan dari golongan musyrikin. Baginda rasul ternyata berjiwa besar dan berwawasan tinggi dan amat berani menyebarkan risalah dakwah kepada kuasa kuasa besar, iaitu Rom dan Parsi, sedangkan negara Islam Madinah baru berusia enam tahun dan bilangan penduduknya begitu kecil. Ketegasan baginda terserlah melalui seruannya di akhir setiap surat, iaitu: “...jika kamu menerima Islam, kamu akan selamat; dan jika kamu menolak ajaran Allah swt ini, segala dosa penduduk negara kamu akan ditanggung oleh kamu.” Sikap optimis dan jiwa besar baginda menjadi kenyataan apabila seluruh Semenanjung Tanah Arab menerima Islam serta runtuhnya kerajaan Rom dan Parsi pada zaman futuhat al-Islamiah oleh sahabat. Bermula di Madinah, Islam mula mengembangkan sayapnya ke Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Futuhat Makkah pada tahun kelapan hijrah menyaksikan ramai pembesar Quraisy yang dahulunya amat menentang baginda mulai akur dengan Islam dan akhirnya memeluk agama Islam. Ternyata tidak ada apa-apa alasan bagi mereka untuk menentang baginda dan dakwah yang dilakukan baginda. Masyarakat Arab yang berada di luar kawasan Makkah mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap pertelingkahan yang berlaku di antara musyrikin Makkah dan muslimin kerana mereka beranggapan bahawa kaum Quraisy itu tulang belakang masyarakat Arab dan amat berpengaruh kuasa dan kedudukan. Sebagai penjaga Kaabah, golongan Quraisy dianggap sebagai pemimpin dan ketua bagi seluruh penduduk di tanah Arab. Sebaik saja mereka menyerah kepada Nabi Muhammad dan menganut agama Islam, ia adalah isyarat yang amat dinanti- nantikan untuk mereka menuju ke kota Madinah bertemu baginda rasul menyatakan keislaman mereka. Menjelang tahun ke-10 hijrah, seluruh penduduk Semenanjung Arab telah berada di bawah panji-panji Islam. Sememangnya benar firman Allah yang bermaksud: “Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, maka ucaplah tasbih dan memuji tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Allah sangat-sangat menerima taubat.” Surah al-Nasr, ayat 2-3. Semangat dakwah yang dipelopori oleh baginda Rasulullah dan sahabat wajar dicontohi dan dilaksanakan oleh setiap muslim pada masa kini. Berdakwah adalah tugas utama yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim bagi menyampaikan kebenaran dan mengeluarkan manusia daripada kesesatan di samping menarik semula saudara muslim yang agak terpesong dari landasan yang ditetapkan oleh agama. Kebenaran yang mutlak itu sesungguhnya datang dari Allah swt. Tugas berdakwah ini adalah lanjutan daripada tugas rasul dan nabi, sahabat, auliya’ dan solihin. Melaksanakan dakwah juga bererti menyatukan manusia yang berpecah-belah dan tenggelam ke lubuk kekufuran natijah pergeseran dan pertelingkahan sesama manusia yang akhirnya mewujudkan istilah Islam dan kafir. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya bahawa manusia itu pada mulanya dijadikan dari ummah yang satu tetapi setelah mereka berselisihan, maka Allah mengutus para nabi.” Surah al-Baqarah, ayat 213 Menggerakkan jentera dakwah melalui tenaga-tenaga yang berkualiti dengan ‘standard’ tertentu yang sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa amat perlu dilakukan kepada pendakwah sejajar dengan arus permodenan yang membawa 1,001 macam masalah. Dada daie perlulah diisi dengan ilmu. Kata lainnya, daie yang bermaklumat dan berkualiti serta lasak untuk diuli dan diasak oleh cabaran globalisasi. Daei dikehendaki memantapkan diri agar bebas daripada tuntutan kepentingan material dan peribadi serta jauh dari kepentingan politik golongan tertentu. Ini pasti melancarkan misi dakwah secara efektif terhadap golongan sasaran. Ini adalah kerana dakwah itu sendiri membawa maksud menyeru manusia ke jalan yang lurus. Firman Allah bermaksud: “Allah menyeru manusia ke Dar al-Salam dan membimbing orang yang Ia kehendaki ke jalan yang lurus.” (SurahYunus, ayat 25) Lantaran itu, daei perlu ikhlas dan benar-benar menghayati perintah Allah dan sedia untuk dicontohi perlakuan dan amalan mereka. Menyampaikan dakwah bukan acara berpura-pura atau sekadar menyampaikan maklumat yang diketahui supaya tampak hebat, menarik dan berkualiti tetapi hakikatnya mesej yang disampaikan hanyalah bertujuan mengisi program sempenaan saja. Firman Allah bermaksud: “Hai orang yang beriman, sahutlah seruan (dakwah) Allah dan seruan rasul apabila rasul menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah mendinding di antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu dikumpulkan.” (Surah al-Anfaal, ayat 24) Risalah yang dibawa oleh daei amat jelas, iaitu menyelamatkan manusia di bawah panduan al-Quran menuju ke jalan yang benar. Seseorang pemandu hendaklah benar-benar arif dengan amanat yang hendak disampaikan agar mereka tidak menyesatkan golongan yang tidak berdosa. Amalan dakwah bukanlah aktiviti cuba-cubaan atau pengisian masa lapang semata-mata. Ia adalah satu langkah yang tidak ada tempat berhenti untuk bersara atau berehat seketika. Langkah dakwah adalah langkah berterusan yang penghujungnya ialah saat tibanya maut. Para daei itu tidak pasti sama ada mereka sempat melihat kejayaan dakwah mereka ketika masih hidup atau lebih dulu ke pangkuan Allah. Sebenarnya, di dalam penyampaian dakwah kepada masyarakat, diperlukan disiplin dan manual tertentu. Golongan muda, ramai yang terpengaruh dengan darah muda dan begitu berani serta lantang di dalam aspek dakwah dengan berbekalkan semangat, lantaran itu peraturan dan disiplin dakwah diabaikan secara terus. Alasannya untuk segera melihat hasil ataupun ingin menerima ujian dan sanggup syahid demi Islam. Sikap terburu-buru ini bukan sekadar merugikan golongan tersebut, malah menempatkan para daei yang lain di dalam keadaan bahaya. Fitnah yang muncul bukan hanya mengenainya saja, malah orang lain akan turut terpalit dan menanggung derita. Strategi yang bersandarkan kepada sirah rasul patut diambil dan dilaksanakan setelah dipadankan dengan situasi semasa. Para daei boleh melaksanakan strategi dakwah Islamiah berikut, iaitu Dakwah bil Lisan, Dakwah bil Hal, Dakwah bil Kitabah dan Dakwah Bil Lisan. Kemantapan ilmu dan kesepadanan di antara mengupas ilmu dan diagihkan kepada sasaran secara matang dan dilafazkan dengan kepetahan satu daya penarik yang dapat mendekatkan manusia kepada Islam. Para daei harus ingat bahawa mesej dakwah yang hendak disampaikan perlu ditapis berdasarkan daya penerimaan mereka agar mereka mudah menyambut dan mencernakan maklumat berkenaan dan berfikir secara mudah dan menerima saranan dan teguran daei secara tenang dan berlapang dada. Rasulullah bersabda kepada seorang Badwi yang baru masuk Islam: “Sesiapa yang mengucap syahadah la ilaha illa Allah pasti di masukkan ke dalam syurga.” (al-hadis). Mesejnya amat jelas iaitu untuk menjinakkan hati mereka yang dahulunya amat liar dan mempunyai sejarah silam kekufuran yang amat tebal. Dakwah bil Lisan yang baik yang ditunjuk oleh baginda rasul telah berjaya menarik ramai Arab Badwi yang liar memeluk agama Islam biarpun belum lagi melaksanakan perintah ibadat yang lain. Kepintaran daei memahami suasana dan kehendak penerima akan menguntungkan dakwah Islamiah. Sabda Nabi bermaksud: “Tuturilah manusia itu berdasarkan kadar pemikiran mereka.” Seorang pujangga Arab pernah berkata: “Pada setiap peringkat kedudukan manusia itu ada ucapan yang tertentu.” Di dalam usaha menyampaikan Dakwah bil Lisan, daei harus ingat bahawa kekuatan daei berpidato bukan diukur dengan cara meniru pemidato ulung dan merekod semula ucapan yang telah disampaikan melalui ceramah beliau. Daei wajar mendalami ilmu dan hadam dengan maklumat yang hendak disampaikan agar daei dan pendengar akan sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan. Sekiranya perkara ini diabaikan, sudah pasti daei tidak ubah seperti burung kakak tua yang pandai bertutur maklumat yang dirakam di dalam ingatan tetapi tidak memahami langsung makna ucapannya. Ia sekadar menyeronokkan pendengar untuk tempoh masa tertentu. Berlakulah pembaziran maklumat dan yang untung hanyalah daei yang mendapat ganjaran yang agak lumayan. Seterusnya modal yang sama diedarkan di tempat lain untuk keterusan mendapat laba menerusi lidah yang amat pintar bermain kata-kata. Ini dijelaskan oleh Allah melalui firmannya yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, kenapa kamu berkata mengenai sesuatu perkara sedangkan kamu tidak melakukan perkara yang kamu sarankan itu, sesungguhnya seburuk-buruk perlakuan (di sisi Allah itu ialah) kamu memperkatakan sesuatu tetapi kamu tidak melaksanakannya.” (Surah al-Saf, ayat 2). [Dipetik dr rencana agama: menyambung dakwah rasulullah oleh shakirah mat akhir, nstp, 2 dec 2001]
posted by RIDWAN SAPUTRA IBNU NURSAL at 11:46:22 PM 0 comments
Monday, October 04, 2004
HIKMAHApa tu hikmah? Macam mana nak belajar hikmah...Hikmah yang dipertunjukkan oleh cucunda Rasulullah SAW, Hassan dan Hussin r.huma patut dicontohi oleh semua orang.Kisah ni berlaku semasa Hassan dan Hussin r.huma masih kecil(kanak-kanak). Satu ketika semasa Hassan dan Hussin r.huma sedang mengambil wudhu', mereka terlihat seorang pak cik sedang mengambil wudhu', tetapi wudhu'nya tak sempurna. Maka Hassan dan Hussin r.huma berpakat untuk menegur pak cik tu supaya daia dapat meneypurbakan wudhu'nya. Setelah pak cik tu selesai berwudhu', Hassan dan Hussin r.huma memanggil pak cik tersebut. Hassan ra kata Hussin ra ambil wudhu' tak betul, tapi Hussin ra pula kata Hassan yang ambil wudhu' tak betul. Kemudian mereka meminta pak cik tu tolong perhatikan dan mengadili, siapakah di antara mereka berdua yang mengambil wudhu' tak betul. Hassan dan Hussin r.huma pun mengambil wudhu' bergilir-gilir sambil diperhatikan oleh pak cik tu. Setelah mereka berdua selesai berwudhu', pak cik tu pun berkata..."anak berdua mengambil wudhu' dengan betul, pak cik yang mengambil wudhu' dengan tak betul"Ni adalah salah satu contoh hikmah yang ditunjukkan oleh Hassan dan Hussin r.huma, semasa masih kecil lagi. Bagaimana pula dengan kita sekarang, cakap dengan member ikut sedap mulut je, tak pernah fikir dulu sebelum cakap, tak fikir perasaan orang lain, 'pancung kepala orang' sesedap rasa. Hissh...tension jugak aku kalau kene pancung tak bertempat, tapi sabo je la. Macam tu jugalah kalu kita nak menasihati seseorang, jangan sampai mengaibkan dan menyakiti hatinya.Macam mana nak belajar hikmah ni? Ulama' beritahu, hikmah ni tak boleh faham dan dapat melalui ustaz, guru atau buku. Hikmah ni akan diberikan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang membuat pengorbanan untuk agama. Hikmah hanya akan dapat melalui jalan yang telah dilalui oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya r.hum iaitu pengorbanan dan mujahadah di jalan Allah SWT. Jumpa macam-macam jenis dan ragam manusia, kaya, miskin, tua, muda, orang kota, orang desa dan seluruh ummat Nabi dengan sabar dan tawajjuh kepada Allah SWT, niat untuk belajar iman, islah diri dan menghidupkan sunnah Nabi SAW.Nak tahu lebih lanjut...kenela khuruj fisabilillah (di jalan Allah ta'alaa).
posted by RIDWAN SAPUTRA IBNU NURSAL at 9:56:34 PM 0 comments
Saturday, Oc

No comments: